LENC Paints

5 Bengkel Cat Kereta Terbaik Di KL & Selangor

Kereta lecet atau calar memang menyakitkan hati, lagi-lagi kalau ia kereta kesayangan yang anda jaga elok-elok. Tapi bila sampai masa nak hantar kereta ke bengkel cat, ramai yang terus rasa was-was. Bengkel mana yang boleh dipercayai? Cat yang digunakan tu tahan lama ke tidak? Warna match ke tidak dengan warna asal kereta?

Kalau anda di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor dan tengah cari bengkel cat kereta yang boleh diharap, kami dah senaraikan 5 pilihan yang biasa disebut oleh pemilik kereta di sinKesemua bengkel ini merupakan antara bengkel yang menggunakan produk HALO dalam operasi pengecatan dan refinishing mereka. Setiap satu ada kekuatan tersendiri, jadi baca dulu sebelum buat keputusan.

bengkel cat kereta malaysia terbaik kl selangor

Kenapa Pemilihan Bengkel Cat Kereta Penting

Kerja cat kereta bukan sekadar sembur warna dan biar kering. Ada proses persediaan permukaan, pemilihan sistem cat yang sesuai, sampailah ke teknik penyemburan yang betul supaya hasil akhir nampak licin dan tahan lama. Bengkel yang tak reti buat kerja ni dengan teliti biasanya akan tinggalkan kesan seperti warna tak sekata, permukaan bergelombang, atau cat yang cepat pudar bila kena panas dan hujan.

Sebab itu, faktor macam pengalaman bengkel, kemudahan yang ada, dan jenis cat yang mereka gunakan semuanya penting sebelum anda serahkan kereta. Kalau anda nak faham lebih lanjut tentang proses ni, kami ada artikel berkaitan apa itu proses respray kereta yang boleh jadi rujukan tambahan.

5 Bengkel Cat Kereta Disyorkan Di Kuala Lumpur & Selangor

Berikut adalah senarai bengkel yang kami kongsikan berdasarkan pengalaman, kemudahan dan reputasi masing-masing.

1. Paint & Coat

Terletak di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Paint & Coat sudah beroperasi sejak 2005 dan fokus kepada kerja cat, detailing serta perlindungan kereta seperti paint protection film. Yang menarik, bengkel ini ada proses inspection yang teliti sebelum kerja dimulakan, jadi pemilik kereta dapat tahu dengan jelas apa yang perlu dibaiki dahulu sebelum proses cat berjalan.

Dengan kemudahan 10-bay dan pasukan teknikal yang agak besar, bengkel ini sesuai untuk yang cari tempat dengan kapasiti kerja tinggi, terutama kalau anda tak nak tunggu lama untuk slot.

Google Mapshttps://share.google/XaFrF7wypFLHbKyxX 

Alamat: 32, Jalan PJU 3/46, Sunway Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

No. Telefon: +60 11-6492 3688

2. Mak Autoworks Sdn Bhd

Berlokasi di Taman Sungai Besi, Kuala Lumpur, Mak Autoworks menawarkan servis pengecatan, panel beating, kerja mekanikal dan elektrikal, sehinggalah ke servis tunda 24 jam. Ini menjadikannya pilihan yang agak lengkap kalau kereta anda perlukan lebih daripada kerja cat sahaja.

Mak Autoworks turut disenaraikan sebagai PIAM Authorised Workshop dan panel workshop bagi beberapa penyedia insurans. Status panel semasa sebaiknya disahkan terus dengan bengkel atau syarikat insurans sebelum membuat tuntutanJadi kalau kereta anda terlibat dalam kemalangan dan perlu proses tuntutan insurans, bengkel ini boleh uruskan semuanya di satu tempat.

Google Mapshttps://share.google/FN3YfiKFw48kipwGY 

Alamat: 4, Jalan 14/108c, Taman Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

No. Telefon: +60 3-2303 9395

3. HH Spray Sdn Bhd

HH Spray di Kajang, Selangor sudah beroperasi lebih 20 tahun dan HH Spray mempunyai pengalaman luas dalam kerja respray dan sistem oven 2K. Selain kerja cat penuh dan panel respray, mereka turut menawarkan servis body kit modification, polishing dan pembaikan body.

Bengkel ini juga menawarkan warranty sehingga 6 tahun untuk sesetengah sistem cat mereka, satu petanda keyakinan mereka terhadap kualiti kerja yang dihasilkan.

Google Mapshttps://share.google/VnhVHnCjsqoS2uYfA 

Alamat: Lot 725C, Batu 12, Jalan Cheras, Taman Desa Baru, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

No. Telefon: +60 10-206 6556

4. Hong Y Auto Paint

Terletak di Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam, Hong Y Auto Paint menjalankan kerja body repair, restoration dan pengecatan, serta merupakan antara bengkel yang menggunakan produk HALO untuk kerja refinishing. 

Bengkel ini dikenali dengan pendekatan quote yang telus. Mereka cuba tawarkan harga berpatutan tanpa mengorbankan kualiti kerja atau structural integrity kereta anda, jadi anda tak perlu risau harga naik tiba-tiba di tengah proses kerja.

Google Mapshttps://share.google/L47CP0RR2K91EkV69 

Alamat: 56, Jalan Bulan U5/168, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia

No. Telefon: +60 13-766 4879

5. Autofix Garage Sdn Bhd

Autofix Garage berada di kawasan Chan Sow Lin, berhampiran Lebuhraya Sungai Besi, Kuala Lumpur, iaitu kawasan yang memang dikenali dengan banyak bengkel body dan cat kereta. Bengkel ini menawarkan servis body dan pengecatan kereta untuk pemilik kereta di sekitar KL.

Kalau anda berada berdekatan kawasan ini dan cari bengkel yang senang nak sampai, Autofix Garage boleh jadi salah satu pilihan untuk disemak lebih lanjut.

Google Mapshttps://share.google/BshIpoCVCn6JFuep5 

Alamat: 9, Jalan 3/89C, Chan Sow Lin, Lebuhraya Sungai Besi, Wilayah Persekutuan, 55200 Kuala Lumpur, Malaysia

No. Telefon: +60 12-669 7812

Perbandingan Ringkas 5 Bengkel

BengkelLokasiKepakaran Utama
Paint & CoatSunway Damansara, PJCat, detailing, paint protection film
Mak AutoworksTaman Sungai Besi, KLCat, panel beating, tuntutan insurans
HH SprayKajang, SelangorCat sistem oven 2K, body kit modification
Hong Y Auto PaintBandar Pinggiran Subang, Shah AlamBody repair, restoration, deep dent repair
Autofix GarageChan Sow Lin, KLBody dan pengecatan kereta

Kualiti Cat Sama Penting Dengan Kepakaran Bengkel

Bengkel yang mahir memang boleh buktikan banyak, tapi hasil akhir kerja cat juga bergantung kepada kualiti cat yang digunakan. Sistem cat yang dibangunkan dengan mengambil kira keadaan tropika Malaysia boleh membantu bengkel mencapai prestasi aplikasi dan kemasan yang lebih sesuai dengan keadaan kerja tempatan. 

Sebab itulah ramai bengkel profesional di Malaysia pilih untuk bekerjasama dengan pembekal cat yang faham keperluan pasaran tempatan. HALO dibangunkan dengan mengambil kira keadaan iklim tropika dan keperluan bengkel di Malaysia. Sistem HALO basecoat membantu menyokong padanan warna yang tepat, manakala HALO 2K Clear Coats menawarkan tahap kilauan tinggi, aliran yang baik dan proses polishing yang mudah. Formulasi tertentu mampu memberikan lebih 30% peningkatan tahap kilauan untuk membantu bengkel mencapai kemasan profesional dengan lebih efisien. 

Kalau anda nak faham lebih dalam tentang jenis-jenis cat yang biasa digunakan dalam industri automotif tempatan, kami ada artikel lengkap tentang jenis-jenis cat kereta yang biasa digunakan di Malaysia yang boleh jadi rujukan tambahan sebelum anda berbincang dengan bengkel pilihan anda.

Pilih Bengkel Yang Sesuai Dengan Keperluan Anda

Setiap bengkel dalam senarai ini ada kekuatan yang berbeza, jadi pilihan terbaik bergantung kepada apa yang anda perlukan. Kalau anda utamakan kelajuan kerja dan kemudahan lengkap, Paint & Coat atau HH Spray boleh jadi pilihan. Kalau kereta anda terlibat dalam kemalangan dan perlu uruskan tuntutan insurans sekali, Mak Autoworks lebih praktikal.

Yang penting, jangan pilih semata-mata berdasarkan harga paling murah. Tanya bengkel tentang sistem cat yang mereka gunakan, semak sama ada mereka bekerjasama dengan jenama yang direka untuk cuaca Malaysia seperti siri HALO daripada LENC, dan pastikan mereka telus tentang proses kerja dari awal hingga akhir. Dengan gabungan bengkel yang mahir dan cat yang berkualiti, kereta anda bukan sahaja nampak elok selepas kerja cat, tapi hasil itu juga akan bertahan lebih lama.